sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Monday, July 27, 2009

Asalamualakum/salam sejahtera saya amat tertarik dengan pribahasa ini sikit-sikit lama-lama jadi bukit,orang-rang dulu memang kaya raya dengan budi bahasa dan pribahasanya.Dengan ada nya pribahasa ini secara tidak langsung ia mengajar kita tentang kehidupan dan perancagan masa hadapan. Apa yang saya hendak kongsikan disini adalah kita seharusnya mencontohi orang2 lama/dahulu dalam mengumpul harta.

contohnya dlm kehidupan seharian mengapa kita tidak boleh menyimpan duit untuk bekalan hari tua? Mengapakah sekarang ini ramai orang pencen kerajaan atau pun swasta terpaksa bekerja walaupun usia sudah lanjut?...senang saja gagal dlm pengurusan kewangan.

Kita sering kali memandang remeh tentang pengurusan kewangan,gagal dalam pengurusan kewangan kita akan hidup susah selama-salanya.

Untuk dapat simpanan yang banyak dalam jangka masa singkat cukup susah,melainkan kita ni orang kaya raya dia mana duit boleh buat duit. Kita misti menyimpan walau pun sedikit lama-lama jadi bukit. Kita haruslah menyimpan sebahagian daripada pendapatan untuk bekalan hari tua walaupun rm10,rm20,rm50,rm100,rm500 sebulan tetapi ia mistilah berterusan sampai kita pencen/tamat perkhidmatan sama ada 40 tahun..50tahun bergantung kepada kita. Walaupun rm50 sebulan kalau kita simpan selama 40 tahun,rm50*12*50 kita dah ada rm30k itu pokok, kalau+ dividen2 yang dpt setiap tahun agak2 cukup ke tidak utk bekalan hari tua kita? paling cun simpan 10% daripada gaji kita Anggaplah duit ini untuk masa tua walaupun kita terdesak kalau boleh jangan diusik dan kalau usik juga kita wajib ganti kalau tak ganti memang cari pasal.

Pokok pangkal kita haruslah berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian,kalau tak berjimat cermat gaji 3k sebulan pun tak boleh nak simpan walaupun rm100 sebulan...untuk berjimat dia ada caranya contohnya kalau benda yang tak berfaedah tu jangan la beli..kalau boros berbelanja tak kemana kita walaupun gaji banyak.



0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP