Kaji semula idea guna dinar emas

Thursday, August 27, 2009

Penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu dikaji kembali dan diteruskan seperti yang pernah disarankan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Katanya, ramai pakar ekonomi berpendapat dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

"Sehubungan itu, saya mengharapkan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh Tun Dr Mahathir bagi menggunakan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC akan dikaji kembali dan boleh diteruskan," katanya dalam teks ucapannya pada majlis Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh setiausaha politiknya Shahabudin Yahya.

Saranan penggunaan dinar emas di negara ini telah dibuat oleh Dr Mahathir hampir 10 tahun yang lalu ketika krisis kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1997 dan 1998.

Jamil Khir berkata Tabung Haji dan Pusat Zakat juga sepatutnya meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan dan aktiviti mereka.

"Mekanisme simpanan berasaskan dinar emas bagi jemaah haji, contohnya, boleh dicadangkan dan diwujudkan bagi menjamin simpanan jemaah haji agar tidak susut nilai oleh spekulasi dan manipulasi sistem mata wang dunia.

"Mekanisme seumpama ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di Indonesia di bawah kelolaan ONH (Ongkos Naik Haji)

Read more...

5 kawasan tidak sihat kerana jerebu

Wednesday, August 5, 2009

Empat bandar utama di Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat hari ini apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU)
melebihi 100.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman webnya menyatakan kualiti udara di empat bandar itu merosot dengan bacaan IPU yang tinggi iaitu Samarahan (115), Bintulu (114), Miri (106) dan Sibu (112).

Turut mencatat kualiti udara tidak sihat, Bandaraya Melaka dengan
bacaan IPU mencecah 112.

Bacaan sehingga pukul 11 pagi itu juga memaklumkan 30 daripada
keseluruhan 47 kawasan yang dipantau di seluruh negara berada dalam zon sederhana.

Hanya 12 kawasan (25 peratus) mencatatkan kualiti udara baik.

Kawasan yang mencatat IPU sederhana, antaranya, Kota Tinggi (76) dan Pasir Gudang (77) - kedua-duanya di Johor; Bukit Rambai, Melaka (93), Nilai, Negeri Sembilan (80), Balok Baru, Pahang (97) dan Kuching, Sarawak (98).

Alor Setar, Kedah pula antara yang mencatat kualiti udara sihat dengan bacaan 47, selain Bakar Arang, Sungai Petani (26), Langkawi (35) dan Kangar, Perlis (24).sumber

Read more...

mangsa ke 14 wabak selsema babi

Seorang lelaki 57 tahun korban terbaru wabak selesema A (H1N1), menjadikan jumlah kematian 14 orang sejak dua minggu lalu.

Korban ke-13, seorang kanak-kanak enam tahun Mohd Hyafiq Afendi yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital, Kuantan tengah hari semalam akibat pneumonia atau radang paru-paru.

Budak lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 1 Ogos selepas mengalami demam dan mengadu sakit perut.

Read more...

korban ke 7 H1N1-selsema babi

Sunday, August 2, 2009

Penyakit Influenza A (H1N1) meragut korban ketujuh hari ini apabila seorang wanita meninggal dunia dua minggu selepas melahirkan anak sulungnya.

Wanita berusia 24 tahun itu adalah dari Miri. Bagaimanapun, anaknya dilaporkan selamat.

Wanita tersebut meninggal dunia jam 4 pagi ini di Hospital Umum Miri.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, ia merupakan kes kematian influenza A (H1N1) yang pertama di Sarawak.

Dr Chan yang juga pengerusi jawatankuasa bencana dan bertindak negeri berkata wanita terbabit disahkan positif H1N1 pada 17 Julai lalu, lapor Bernama.

"Wanita yang baru sahaja melahirkan anak pada 20 Julai lalu disahkan meninggal dunia jam 4 pagi ini bagaimanapun keadaan anaknya stabil," katanya kepada pemberita hari ini.

Dr Chan berkata, setakat ini terdapat 110 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak selain 25 kes import dan orang ramai dinasihati agar lebih mengutamakan tahap kebersihan masing-masing.

Katanya setakat ini masih terdapat lima sekolah di Sarawak diarahkan tutup selain empat institut pengajian tinggi awam.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, 17 kes baru dilaporkan - semuanya merupakan jangkitan tempatan.

Read more...

korban ke empat H1N1

Tuesday, July 28, 2009

Seorang wanita berusia 20 tahun merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia akibat influenza A (H1N1) pagi semalam di Hospital Melaka, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican juga berkata kes tempatan itu dimasukkan ke hospital Ahad lalu, 10 hari selepas dijangkiti virus tersebut.

Bercakap di Putrajaya hari ini, Dr Mohd Ismail menambah wanita itu mengalami masalah kegemukan dan mati akibat radang paru-paru atau pneumonia.

Semalam, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1) Khamis lalu.

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Read more...

sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Monday, July 27, 2009

Asalamualakum/salam sejahtera saya amat tertarik dengan pribahasa ini sikit-sikit lama-lama jadi bukit,orang-rang dulu memang kaya raya dengan budi bahasa dan pribahasanya.Dengan ada nya pribahasa ini secara tidak langsung ia mengajar kita tentang kehidupan dan perancagan masa hadapan. Apa yang saya hendak kongsikan disini adalah kita seharusnya mencontohi orang2 lama/dahulu dalam mengumpul harta.

contohnya dlm kehidupan seharian mengapa kita tidak boleh menyimpan duit untuk bekalan hari tua? Mengapakah sekarang ini ramai orang pencen kerajaan atau pun swasta terpaksa bekerja walaupun usia sudah lanjut?...senang saja gagal dlm pengurusan kewangan.

Kita sering kali memandang remeh tentang pengurusan kewangan,gagal dalam pengurusan kewangan kita akan hidup susah selama-salanya.

Untuk dapat simpanan yang banyak dalam jangka masa singkat cukup susah,melainkan kita ni orang kaya raya dia mana duit boleh buat duit. Kita misti menyimpan walau pun sedikit lama-lama jadi bukit. Kita haruslah menyimpan sebahagian daripada pendapatan untuk bekalan hari tua walaupun rm10,rm20,rm50,rm100,rm500 sebulan tetapi ia mistilah berterusan sampai kita pencen/tamat perkhidmatan sama ada 40 tahun..50tahun bergantung kepada kita. Walaupun rm50 sebulan kalau kita simpan selama 40 tahun,rm50*12*50 kita dah ada rm30k itu pokok, kalau+ dividen2 yang dpt setiap tahun agak2 cukup ke tidak utk bekalan hari tua kita? paling cun simpan 10% daripada gaji kita Anggaplah duit ini untuk masa tua walaupun kita terdesak kalau boleh jangan diusik dan kalau usik juga kita wajib ganti kalau tak ganti memang cari pasal.

Pokok pangkal kita haruslah berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian,kalau tak berjimat cermat gaji 3k sebulan pun tak boleh nak simpan walaupun rm100 sebulan...untuk berjimat dia ada caranya contohnya kalau benda yang tak berfaedah tu jangan la beli..kalau boros berbelanja tak kemana kita walaupun gaji banyak.



Read more...

nak buat apa dgn duit OD

Tuesday, July 21, 2009

Sebelum saya berkongsi dengan pembaca sekalian tentang OD terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuat terima kasih kepada stck/rizman kerana sudi berkongsi ilmu OD tanpa mengenakan bayaran.

Sebenarnya duit OD ni banyak kegunaanya terpulang kepada individu itu untuk menggunakannya.Tapi awas bila dapat duit OD jangan jadi hilang akal kerana tengok duit banyak dalam akaun bank anda.Biasanya OD ni digunakan untuk menambahkan/melipat kali gandakan duit kita.contoh kalau kita ada 100 ribu maka kita boleh gandakan ia menjadi 2 kali ganda..4 kali ganda...semua ini bergantung kepada cara anda menguruskan duit OD ini.Biasanya duit OD digunakan untuk:

pelaburan hartanah/propertis
anda boleh gunakan duit OD ni untuk membeli lot2 tanah yang berpotensi untuk di majukan/anda menjangkan tanah tersebut boleh dijula dengan harga berlipat kali ganda...dengan keuntungan yang dapat boleh la penuhkan koata ASB anda iaitu 200k,dengan konsep beli tanah dan jual tanah ni anda boleh buat untung berganda2...tapi awas sebelum membeli tanah kita misti membuat kajian tentang pasaran/lokasi/kemudahan jln raya/makhluk perosak dan sebagainya sebelum membeli tanah.

Dengan duit OD anda juga boleh membeli rumah lelong,untuk beli rumah lelong ni bagi saya cuba serve rumah yang berpotengsi untuk disewakan/di jual balik rumah yg kita beli tudari segi kemudahan pengankutan awam,kedai,pasaraya,jln yang kurang sesak dan bayak kemudahan2 lain.

pelaburan emas
semua orang kenal emas ni,sejak tahun 2002 hingga 2009 asyik naik je dan dijangka akan naik lagi untuk tahun2 yang akan datang. contoh harga kijang emas rujuk sini dan ini harga bulan jun 2009 rujuk sini anda boleh membeli emas bar,kijang emas bank negara atau pun buka akaun pelaburan dgn bank seperti GIA(public bank) dan maybank. utk lebih lanjut sila tanya cawangan bank yang berdekatan anda.

simpan balik dalam ASB
anda juga boleh simpan balik duit OD tu dalam ASB,sila penuhkan koata bumiputra anda,sangat rugi sekiranya koanta ini tidak dipenuhkan.Anda boleh simpan secara bulanan/tahunan ke dlm asb,tapi bagi saya baik simpan secra tahunan lg senang tak payah pening setiap bulan utk ke bank..tentukan berapa jumlah setahun yg hendak disimpan.

bayar hutang
ramai juga yang guna duit OD untuk selesai hutang2 lama yang intres tinggi serta hutang along.

Read more...

pengiraan intres duit OD

saya ingin berkongsi dgn saudara/saudari sekalian tentang pengiraan intres OD.Pengalama saya buat OD ni memang seronok sebab kita boleh guna duit bank tu dengan intres yang sangat rendah.Jadi kita bolehlah rancang duit tu untuk kegunaa samaada untuk menyimpan balik ke ASB atau pun untuk melabur dlm hartanah atau pun emas.

cth:
katakan OD RM 48k(cimb bg 90% dari sijil)
jadi dalam akaun OD kita ada RM 43 200
intres OD cimb -1.25(blr 5.55) jadi intres yg akan dikenakan adalah 4.30%

anda guna RM 1000
1000x4.30%=rm 43 setahun
kalau sebulan =rm3.58
sehari =rm0.12

utk dpt interes sehari 1000x4.3%/365=rm0.12

wau intres yang dikenakan sangat kecil, walau pun kita sudah guna rm1000.

Read more...

ODvsASB

OD merupakan salah satu cara untuk manipulasi duit bank, ramai member kat intenet telah bercerita tentang OD vs ASB,sekarang ni saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian cara2 untuk buat OD,
Konsep : Perlukan duit sebanyak mungkin untuk paling minima RM12k sbb itu syarat bank utk buat OD.
Cara2 nak mendapatkan duit tu ialah
1) Duit simpanan sendiri
2) Duit Pinjam dari Family or Kawan2
3) Refinance Rumah
4) Personal Loan (bank yg offer bagus: Bank Rakyat, Bank Islam dan BSN)

Langkah2 seterusnya:

1) Bila dah dapat duit masukkannya ke dalam ASB anda.

2) Lepas tu ko org pergi pejabat PNB (KL, kat Jln Tun Razak), tukarkan ASB ko org tu ker Sijil ASB

3) Ko org bwk sijil ASB tu pergi ke bank antara bank2 yang menjadi pilihan ramai ialah CIMB,RHB dan maybank (CIMB recommended coz %rate rendah skrg ni BLR -1.25) then apply OverDraft Facility (OD). Biasanya proses kelulusan OD ni mengambil masa lebih kurang 3 minggu (CTOS and CRIS tak boleh, application kene reject nanti). CIMB akan offer 90% drp jumlah sijil ASB ko org.
(OD limit-maksudnya duit yg ko org boleh pakai dari OD tu-eg: Kalau sijil ASB ko org bernilai RM100K, so OD limit ko org nanti RM90k)

4)Selepas OD ko org tu approved, ko org akan dapat
a)ATM card,
b)DotCom Card <---utk internet banking
c)Cheque book

5) Dah dapat semua nie....pakailah duit2 ko org tu. Kelebihan kat sini, selain ko org boleh pakai duit loan tu buat bayar/pelaburan....by year end ko org akan dapat dividen ASB (sebab ko org ada sijil....walaupon sijil tu bank pegang, tapi dividen tu tetap ko org dpt).

sebelum anda buat OD pastikan apa matlamat,kenapa aku buat OD ? untuk apa ? jangan ikut kawan2 atau pun org....tentukan tujuan anda...penting jangan salah guna duit OD...ada orang kata kalau kita blacklis OD ni lebih teruk dari blacklist loan keta/rumah...sejauh mana kebenarannya belum pasti lg...

Kita rancangg….suksess ke fail, bukan kawe yang tentukan! Nak ikut…silakan, tak nak….tak po!!

Read more...

rahsia emas

pelaburan emas dimalaysia kini berkembang dari setahun ke setahun,ini disebabkan ramai rakyat malaysia berpengetahuan tentang pelaburan emas.Disamping itu juga ramai juga kawan diintenet telah menceritakan rahsia tentang pelaburan ini.
Antara kelebihan-kelebihan membuat pelaburan emas adalah seperti berikut.

  • trend kenaikan harga emas adalah sentiasa menaik. Dalam masa sebulan ianya boleh naik sehingga 5%. Pernah dicatatkan, harga emas naik 33.3% dalam tempoh setahun
    2006 -2007. Sekiranya anda beli 100gram emas dengan RM100 per gram pada Jan 2006, iaitu RM10,000. Apabila anda menjualnya pada Jan 2007, anda akan mendapat RM 13,300. Maknanya anda untung RM3,300 hanya dalam setahun. Tidakkah ianya sangat lumayan ?
  • Pelaburan emas amat tinggi pulangannya berbanding pelaburan ASB. ASB biasanya memberikan pulangan 8-10% setahun. Akan tetapi pulangan emas adalah 50 -100% lebih lumayan daripada ASB.
Terdapat banyak kemudahan di mana bank-bank utama di Malaysia seperti Maybank, Public Bank yang menyediakan skim pelaburan emas sebagai pelaburan orang ramai.


Rahsia Bagaimana Anda Boleh Menggandakan Wang Simpanan, Melangsaikan Hutang Dengan Segera, Tak Perlu Risau Lagi Pasal Tak Cukup Duit!

Yang menariknya anda boleh miliki semuanya ini tanpa perlu menjadi Usahawan, menyertai MLM ataupun membuat kerja sambilan yang tak pasti untungnya. Yang penting anda boleh meneruskan kerja seharian anda seperti biasa tanpa sebarang gangguan..


Read more...

selamat datang ke blog duit-pitis

Monday, July 20, 2009

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke blog duit-pitis,tujuan saya buat blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dalam acara duit buat duit di samping itu juga mengenai pengurusan kewangan serta perancangan masa depan yang lebih baik.

Dalam kehidupan seharian kita memerlukan duit/rm untuk berbelanja...Adakah anda terfikir atau terdetik dihati bahawa...adakah duit yang aku dapat itu halal?sekiranya tidak?mengapa boleh jadi macam itu?bolehkah kita berubah untuk mendapat yang lebih baik?persoalan ini sering menghantui hidup saya kerana duit yang halal merupakan permulaan hidup yang lebih baik dan berkat.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”

Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Islam amat menitikberatkan masalah pencarian rezeki oleh manusia di mana setiap makhluk Allah itu telah ditentukan rezekinya masing-masing sejak ia berada di dalam perut ibunya lagi.
ii) Antara bahaya kemiskinan itu ia boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja. Contohnya seorang perempuan akan sanggup menggadaikan sesuatu yang amat berharga yang ada pada dirinya kerana inginkan sedikit perbelajaan untuk keperluan harian, walaupun secara terpaksa dan sedar yang perbuatan itu adalah terkutuk, tetapi keadaan yang tertekan memaksa ia melakukannya.
iii) Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah S.W.T adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
iv) Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah S.W.T namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP