forex merupakan pasaran tukaran mata wang asing adalah satu pasaran wang antarabangsa. Nama FOREX ditubuhkan daripada nama operasi pertukaran matawang asingnya : Pertukaran Asing, atau ringkasannya FOREX. Forex adalah salah sebuah pasaran kewangan termuda dan telah mendapat tempat sejak 1970s. Disebabkan oleh isipadu pasaran wang, forex adalah pasaran yang berkembang paling dinamik.
Pusingan harian forex mencapai 4 trilion USD, iaitu 30 kali lebih daripada isipadu am keseluruhan pasaran tukaran di AS. Seperti pasaran lain, peniaga-peniaga berdagang hanya barang-barang tertentu. Dalam kes pasaran wang, barang-barang ini mengandungi mata wang asing negara.
Pada dasarnya, kadar matawang ditentukan oleh institusi kerajaan serta syarikat- syarikat komersial di seluruh dunia yang perlu untuk menukar aliran untuk dagangan mata wang di negara-negara asing. Mereka membentuk 5% pusingan isipadu aliran pasaran umum. Selebihnya, 95% datang daripada dagangan spekulatif di mana peniaga-peniaga cuba mendapatkan keuntungan berjual beli mata wang pada kadar-kadar berubah-ubah. Ciri penting pasaran wang adalah keunggulannya.
Risiko utama pasaran kewangan datang daripada kejatuhan mengejut, atau indeks saham merudum. Bagaimanapun tidak seperti pasaran saham, Forex tidak jatuh. Apabila nilai saham-saham menyusut, bermakna kejatuhan akan berlaku. Tetapi kejatuhan dollar, hanya bermaksud bahawa sesetengah matawang lain menjadi lebih kuat.
Read more...
Universiti diminta tak ketatkan peraturan sudut pidato - Malaysiakini
Tuesday, January 26, 2010
Labels:
isu semasa
EASY RHB BANK
easy RHB menawarkan perbankan tanpa kertas dan perkhidmatan kelulusan segera untuk pinjaman peribadi, kad debit, pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan pelan insurans kemalangan diri.
Produk EASY RHB?
1. EASY- PINJAMAN EKSPRESS : Kelulusan Segera, Pinjaman Dapat Serta Merta.
2. EASY SIMPANAN MESRA: Menabung di Samping Mendapat Hadiah
3. EASY ASB: 5 Tahun Pertama Bayar Faedah Sahaja
4. EASY KAD DEBIT : Berbelanja Di samping mendapat Gajaran
5. EASY INSURANS KASIH: Dapatkan Perlindundungan dengan kadar berpatutan
kalau tengok pada jadual pembayaran loan ASB memang menguntungkan sebab 5 tahun pertama hanya bayar interes saja, selepas tahun ke 4 boleh terminet loan ASB, itu cadangan saya kepada yang berminat dengan loan ini.Mari kita kira berapa keuntungan yang mungkin anda dapat:'
amaun loan RM 100,000
bayaran interes RM 386
cth: dividen ASB 8%
RM386x12=Rm4632 setahun
dividen ASB=Rm8000
jadi untung =RM3368
loan 4 tahun: RM3368x4=RM13,472 wauuu memang masyuk beb....
sekiranya tiada kenaikan blr dan dividen 8% maka itulah keuntungan yang anda akan diperolehi oleh anda nanti.Kalau ada kenaikan blr atau penuruna dividen ASB maka keuntungan akan semakin sedikit.
saya memang bercadang untuk ambik loan ASB ini tapi masalah yang membuatkan saya tak jadi nak mohon loan ini kerana ia produk konvasional,saya difahamkan setakat ini easy RHB tak ada lagi produk islamic.
Labels:
loan
kes menghina Almarhum Sultan Johor penulis blog kena reman 4 hari
Mahkamah Majistret Kota Bharu memerintahkan penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, ditahan reman selama empat hari.
Penulis blog itu
yang dikenali sebagai Aduka Taruna (berbaju perang), menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang semalam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu, lapor The Star Online.
Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka didakwa menyiarkan artikel di blognya yang didakwa menghina Almarhum. Tulisan berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog itu.
Labels:
isu semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)